Salam berbahagia dan salam ceria dari Edrina Azlan...heehhe a.k.a ED... :)
Tak tahu macam mana nak utarakan apa yang Ed rase dalam hati sebelum membuat keputusan untuk meng'create' blog baru khusus untuk berkongsi kisah harian Ed bersama orang-orang tersayang di samping Ed setiap masa.. Alhamdulillah gerak hati Ed cuma untuk berblog tentang kisah hidup Ed yang serba sederhana ini. Tujuan nye bukan untuk saje-saje nak tayang atau nak bermegah-megah.. sama sekali TIDAK.. Ed cuma kadang-kadang terfikir untuk ingin berkongsi ape yang Ed rase (suke, sayu, marah, sedih, teruja, gembira, girang, dan segala jenis rase) bersama rakan-rakan juga buat tatapan anak-anak Ed di masa hadapan, INSYA ALLAH..
Ok..
untuk entry pertama nie tak banyak yang Ed nak kongsikan cume sekadar
ingin menulis sebagai pembuka kata, pembuka bicara bersama-sama blogger
lain di luar sana. Ed tak nafikan Ed masih baharu dalam dunia 'BLOG'
ni.. jadi harap-harapnya ada lah rakan-rakan serta sahabat-sahabat
tercinta yang datang bertandang di rumah maya Ed ni. Boleh sama-sama
berkongsi bertukar-tukar cerita kan? At least ada jugak yang dapat
meghulurkan bantuan atau nasihat..
Kalau sebelum ni ramai di antara kita yang banyak menulis di dairi-dairi sahaja kan? Sama jugak dengan Ed kalau zaman sekolah-sekolah dulu memang akan tulis ape yang terjadi setiap hari dalam diari. Lama-kelamaan rase macam dah tak nak tulis bukan ape.. bila tiba tahun baru diari tu kene la simpan elok-elok tanpa diketahui oleh orang lain walaupun dengan MAMA TERCINTA!hehehe.. lama-lama bertimbun la diari kisah hidup ED!hahaha.. Dulu takde pulak bakat nak menulis kalau tak diari Ed tu sume dah bole jadi novel!hahahha 1st N3 pun dah nak perasan ke? (hehheehe...hati berbunga2) :).. So, kisahnya diari-diari Ed tu sume dah jadi abu. Ed bakar je senang! Kadang rase rugi jugak sebab segala kenangan zaman sekolah dulu-dulu dah xde rujukan. Kalau tak boleh la baca bersama anak-anak kan? Tak pun kalau baca sendiri pun boleh buat kita tergelak atau terketawa sendiri mengingatkan cerita-cerita zaman kanak-kanak yang semestinya penuh dengan segala macam ragam serta kerenah. Saling tak tumpah dengan ape yang kita lalui sekarang bersama anak-anak yang sedang membesar. betul tak? Setaip kanak-kanak masing-masing ada perangai, tabiat serta ragam tersendiri yang kadang-kadang kita pun teruji dengan kerenah mereka!hihihiihi..Ed sendiri pun sama macam tu.. Ni baru dapat sorang anak, xtahu la dengan mak-mak kita dulu yang ramai anak kan? hehehe.. ape pun Anak Anugerah Allah buat Kita bersama Pasangan. Jadi kita kena lah saling melengkapi untuk pikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa..betul tak?
Waaaa... dari topik berkenalan sampailah topik anak!hehehhe melalut la ni kan? Cakap nk bagi pembuka kata je..ni bukan takat pembuka kata tapi da masuk isi-isi sume!hihiihii..
Ok lah untuk N3 kali ni itu sahaja la kan? Insya Allah kita jumpa Ed di lain-lain N3.. N3 lain tu banyak aspek ye?hahhaaha.. mana tahu lau Ed ni tergerak nak bagi N3 masak ke,, holiday ke..pokok nye pape je lah asalkan dapat bagi new N3!..